Saturday, December 6, 2008

Adam dan Isteri

Air Mata Nabi AdamTahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar darisyurga akibat tipu dayaiblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adamtidak mengangkatkepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allahswt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.Kemudian menangis lagisehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dariair mata Nabi Adamitu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokokcengkih. Beberapa ekorburungtelah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,"Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliaumenyangka burung itusengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepadaAllah. InimembuatkanNabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telahmenyampaikan wahyuyang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belumpernah menciptakan airminum yang lebih lazat dan hebat dari air matataubatmu itu."
Adam dan Isteri
dalam al-Qur'an dan Bible
Adam dan isteri dikisahkan di dalam al-Qur'an dan juga Bible. Namun, ceritanya tidak semuanya sama. Perbezaan turut dikesan pada cerita ulama palsu dunia Islam. Cerita mereka didapati condong sedikit kepada Bible, umpamanya kisah bagaimana isteri Adam, iaitu perempuan yang pertama di dunia, dicipta. Nama "Hawa" yang mereka gunakan juga diceduk daripada Bible.
Untuk menunjukkan perbezaan tersebut, di halaman ini, diturunkan petikan ayat-ayat al-Qur'an dan Bible. Hadis Bukhari juga tidak ditinggalkan. Ayat-ayat al-Qur'an dipetik daripada Bacaan sementara ayat-ayat Bible daripada Bible versi bahasa Melayu, bernama ALKITAB, yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta (1996). Hadis Bukhari pula disalin daripada CD terbitan Islamic Computing Centre, London (1994).
Bermula dengan cerita ciptaan Adam. Menurut al-Qur'an, Adam dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk, dan kemudian Allah menghembuskan Roh-Nya ke dalamnya. Firman-Nya:
"Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, 'Sesungguhnya, Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk, Apabila Aku telah membentukkannya, dan menghembuskan Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu dengan bersujud kepadanya.'" (15:28-29)
Semua malaikat sujud, kecuali Iblis. Iblis adalah daripada jenis jin (18:50). Jin dicipta daripada api yang membakar (15:27).
Di dalam ALKITAB pula, Adam dikatakan telah dicipta daripada debu tanah. Kemudian tuhan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya. Ayat ALKITAB yang berkenaan berbunyi,
"TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup." (Kejadian 2:7)
ALKITAB tidak menceritakan mengenai malaikat-malaikat yang sujud, dan tidak juga menyebut sedikit pun mengenai Iblis.
Isteri Adam disebut buat pertama kali di dalam al-Qur'an dalam ayat yang menyusul peristiwa keengganan Iblis untuk sujud kepada Adam. Contoh, pada ayat-ayat yang diturunkan selepas perenggan yang berikut.
Pengisahan diteruskan - bermula dari perintah Allah ke atas para malaikat supaya sujud kepada Adam hingga ke larangan daripada mendekati sepohon pokok yang dikenakan ke atas Adam dan isterinya. Ketika itu mereka berada di Jannah. (Dialog Allah-Iblis ketika ia enggan sujud kepada Adam tidak terdapat di dalam ayat-ayat di bawah, tetapi boleh dibaca di sini.)
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir). Dan Kami berkata, 'Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang yang zalim.'" (2:34-35)
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan. Kemudian Kami berkata, 'Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu menjadi sengsara. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang, Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan.'" (20:116-119)
Kemudian, syaitan berbisik kepada Adam untuk menghasut supaya dia dan isterinya melanggar larangan daripada Allah itu. Bisikan atau pujukannya berbunyi,
"Kemudian syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata, 'Wahai Adam, bolehkah aku menunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?'" (20:120)
"Berkata (syaitan), 'Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan.' Dan ia bersumpah kepada mereka, 'Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat.'" (7:20-21)
Setelah Adam dan isteri merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka. Lalu mereka menjahit daun-daun Taman pada mereka. Seterusnya mereka dipanggil oleh Allah, dimarahi, dan akhirnya diusir keluar dari Taman. Firman-Nya,
"Maka ia (syaitan) membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, 'Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata?'
Mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi.'
Berkata, 'Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu.'
Berkata, 'Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan.'" (7:22-25)
Allah menerima taubat mereka dan memberi mereka petunjuk. Sebelum mereka meninggalkan Taman, Allah berpesan agar mereka tidak berpaling daripada petunjuk yang Dia turunkan. Firman-Nya,
"Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk. Berkata, 'Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta.'" (20:122-124)
Di dalam ALKITAB (Bible versi bahasa Melayu), setelah Adam dicipta, dia ditempatkan di taman Eden. (Pada ayat-ayat yang diturunkan di halaman ini, nama Adam dan Hawa tidak disebut. Adam disebut sebagai "manusia itu" dan Hawa, "perempuan" atau "isterinya". Nama mereka mula disebut dalam ayat-ayat yang kemudian):
"TUHAN Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu." (Kejadian 2:15)
Selepas itu barulah perempuan dicipta iaitu apabila Adam mendapati tiada penolong yang sepadan baginya:
"... tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.
Lalu berkatalah manusia itu: 'Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki.' Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu." (Kejadian 2:20-25)
Justeru, menurut ALKITAB, perempuan dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Seperti itulah jua cerita ulama palsu dalam dunia Islam. Akan tetapi, al-Qur'an menyatakan bahawa (semua) manusia dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk (15:26), dan selanjutnya menyatakan bahawa mereka dicipta daripada jiwa yang satu. Firman-Nya:
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya (jiwa yang satu juga) Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan;" (4:1)
("Manusia" atau "kamu" dan "pasangannya" - masing-masing dicipta daripada "jiwa (nafs) yang satu".)
Satu lagi perbezaan yang dapat dikesan adalah pada keadaan Adam dan isterinya. ALKITAB menyatakan mereka berada dalam keadaan telanjang, semasa berada di Taman, tetapi al-Qur'an menyatakan sebaliknya (sila lihat 20:116-119 yang sudah diturunkan).
Petikan daripada ALKITAB diteruskan dengan cerita Adam dan isteri digoda. Di dalam al-Qur'an mereka digoda oleh syaitan sementara dalam ALKITAB mereka digoda oleh seekor ular. Perihal siapa yang digoda juga berlainan. Al-Qur'an menyatakan Adam (20:115, dan ayat 20:120 di atas) tetapi ALKITAB menyatakan isterinya yang mula digoda yang tergoda. Begini ceritanya:
"Adapun ular ialah yang paling cerdik dari segala binatang di darat yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu: 'Tentulah Allah berfirman: Semua pohon dalam taman ini jangan kamu makan buahnya, bukan?'
Lalu sahut perempuan itu kepada ular itu: 'Buah pohon-pohonan dalam taman ini boleh kami makan, tetapi tentang buah pohon yang ada di tengah-tengah taman, Allah berfirman: Jangan kamu makan ataupun raba buah itu, nanti kamu mati.'
Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu: 'Sekali-kali kamu tidak akan mati, tetapi Allah mengetahui, bahwa pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat.'
Perempuan itu melihat, bahwa buah pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagipula pohon itu menarik hati karena memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminyapun memakannya.
Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu, bahwa mereka telanjang; lalu mereka menyemat daun pokok ara dan membuat cawat." (Kejadian 3:1-7)
Al-Qur'an tidak menyebut "buah" tetapi hanya pokok; tidak menyebut daun pokok ara, tetapi hanya daun-daun Taman.
Setelah memakan buah, dan mata jadi terbuka, datanglah Tuhan yang digambarkan seperti seorang manusia. Lalu Dia berkata-kata kepada ketiga-tiga yang bersalah:
"Ketika mereka mendengar bunyi langkah TUHAN Allah, yang berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap TUHAN Allah di antara pohon-pohonan dalam taman.
Tetapi TUHAN Allah memanggil manusia itu dan berfirman kepadanya: 'Di manakah engkau?'
Ia menjawab: 'Ketika aku mendengar, bahwa Engkau ada dalam taman ini, aku menjadi takut, karena aku telanjang; sebab itu aku bersembunyi.'
Firman-Nya: 'Siapakah yang memberitahukan kepadamu, bahwa engkau telanjang? Apakah engkau makan dari buah pohon, yang Kularang engkau makan itu?'
Manusia itu menjawab: 'Perempuan yang Kautempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka kumakan.'
Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu: 'Apakah yang telah kauperbuat ini?'
Jawab perempuan itu: 'Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan.'
Lalu berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu: 'Kerana engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan seumur hidupmu. Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya.'
Firman-Nya kepada perempuan itu: 'Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu.'
Lalu firman-Nya kepada manusia itu: 'Karena engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan dari padanya, maka terkutuklah tanah karena engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu; semak duri dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu, dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu; dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu, sampai engkau kembali lagi menjadi tanah, karena dari situlah engkau diambil; sebab engkau debu dan engkau akan kembali menjadi debu.' (Kejadian 3:8-19)
Kemudian dia diusir dari taman Eden:
"Lalu TUHAN Allah mengusir dia dari taman Eden supaya ia mengusahakan tanah dari mana ia diambil." (Kejadian 3:23)
Perempuan yang dimaksudkan di situ ialah Hawa (nama Hawa tidak disebut di dalam al-Qur'an). Kali pertama nama itu disebut di dalam ALKITAB adalah pada ayat Kejadian 3:20, dan Adam pula, ayat Kejadian 4:25.
Kisah Adam dan Hawa daripada ALKITAB (Bible bahasa Melayu) telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan orang Islam. Terutamanya cerita mengenai ciptaan perempuan pertama di dunia yang dikatakan dicipta daripada tulang rusuk lelaki iaitu tulang yang bengkok. Dari situ bermulalah kepercayaan bahawa kaum perempuan sifatnya bengkok, lalu mereka berkedudukan rendah daripada lelaki.
Tentu tidak keterlaluan apabila mengatakan iaitu Imam Bukhari adalah orang Islam yang pertama percaya kepada cerita yang tidak sahih itu. Kerana, antara lima kitab hadis yang terbesar di dunia Islam, hanya kitab beliau yang meriwayatkan mengenai tulang rusuk yang bengkok tersebut. Kitab-kitab lain tidak menyebutnya langsung. Di dalam kitab Bukhari terdapat dua hadis mengenai perkara berkenaan. Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Satu daripadanya menyatakan tulang rusuk yang paling bengkok, yang terletak di atas sekali.
Adalah dipercayai bahawa lima kitab yang pertama (termasuk Kejadian) di dalam Bible atau ALKITAB telah ditulis oleh seorang ulama agama bangsa Yahudi bernama Ezra, atau Uzair, seperti yang disebut di dalam al-Qur'an. Dengan itu, dirasakan amat ralat sekali apabila didapati ajaran Yahudi telah menyusup masuk ke dalam kepercayaan orang Islam setelah nama Nabi atau Rasul yang selamanya disanjung digunakan.
Barangkali Imam Bukhari tidak menyedari bahawa cerita daripada ALKITAB yang berkenaan tidak disahihkan oleh al-Qur'an. Ia berlaku mungkin kerana beliau terlepas pandang sebuah ayat yang menunjukkan bahawa al-Qur'an diturunkan sebagai kawalan mutu ke atas kitab-kitab sebelumnya. Ayat tersebut berbunyi,
"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu." (5:48)
Masanya agak terlewat untuk menghapuskan kepercayaan yang telah disuntik oleh Imam Bukhari ke dalam Islam, mengenai kaum wanita, setelah ia dikecapi oleh golongan lelaki selama lebih seribu tahun. Dan kepercayaan itu diterima pula oleh sesetengah golongan daripada kaum tersebut. Bolehkah sekarang diajak umat Islam untuk mendustakan Bukhari tanpa dihukum sebagai anti-Islam, antihadis, menghina Nabi, atau murtad?